Wednesday, 4 March 2015

Lokasi Kampung Felda Jerangau


Peta lokasi kedudukan Felda Jerangau
Felda Jerangau adalah terletak di atas sempadan daerah antara Hulu Terengganu dan Dungun. Walaubagaimanapun, Felda Jerangau adalah termasuk di dalam kawasan Daerah Dungun yang juga merupakan di bawah kawasan Parlimen Dungun dan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi. Jarak Felda Jerangau dari Bandar Kuala Terengganu adalah sejauh 56 kilometer, manakala dari Bandar Kuala Berang adalah sejauh 36 kilometer  dan dari Bandar Dungun adalah sejauh 38 kilometer.

Tuesday, 3 March 2015

Sejarah Nama Felda Jerangau.

Nama “Jerangau” diambil sempena nama sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan sekitar.Tumbuhan Jerangau ini merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae.

 Nama Melayu tumbuhan ini dikenali dengan nama Deringu, Jerangau, atau Jeringau. 

Nama lainnya ialah Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia)


Kegunaan pokok ini terutamanya dijadikan sebagai bahan rawatan bagi penyakit seperti, amenorea, aphrodisiac, asma, selsema, kesesakan, batuk, sakit kepala, kesakitan, sakit tekak, nilai ubatan, pengguguran (abortifacient), melegakan kesakitan (analgesik), anti-bakteria, antioksidan, aromatik, artritis, kanser, mengeluarkan gas usus, diuretik,  penggalak haid (emmenagogue),  penenangan, psychedelic, sedatif, tonik rahim.


Oleh kerana penempatan ini merupakan penempatan terancang yang telah dibangun dan ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), maka dari situlah terhasilnya nama untuk kampung ini iaitu Felda Jerangau.Kemudian Felda Jerangau ini telah dibahagikan kepada tiga rangkaian iatu,

v    Felda Jerangau ‘A’
v    Felda Jerangau ‘B’
v    Tangki Air.