Saturday, 10 October 2015

Hari Sukan Negara Felda Jerangau 'A' 10 September 2015

Barisan Ajk-Ajk yang terlibat mengatur dan menceriakan program....


Sebelum semua aktiviti sukan berlangsung, aktiviti warming up didahulukan bagi mengelakan kecederaan pada anggota badan berlaku......



Antara sukaneka yang diadakan untuk penduduk kampung, mencari gula-gula dalam tepung...

Baling belon berpasangan....

Bowling nyor (Kelapa)...





Bola Ping-Pong dalam sudu........




Makan-minum dan juga hadiah turut disediakan kepada pemain. Program selesai pada pukul 11 pagi........=)

Saturday, 26 September 2015

Korban Perdana Peringkat Dun Bukit Besi

Hari Raya Korban baru-baru ini, J3K Felda Jerangau 'A' telah terpilih menjadi tuan rumah untuk mejalankan Program Korban Bukit Besi 2015. Bertarikh 26 September 2015, bermula jam seawal 7.30 pagi, 10 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

Program ini dirasmikan Oleh YB ADUN Bukit Besi iaitu YB Rosli Bin Daud. Penyertaan daripada penduduk akmpung dan NGO setempat memeriahkan lagi proram yang dijalanka.




 antara tetamu yang hadir.



dalam proses penumbangan lembu untuk disembelih....................





proses melapah kulit dan daging lembu..........

Tuesday, 1 September 2015

Transformasi Terengganu Baharu

Bersama-sama kita melaksanakan pendekatan Menteri Besar kita YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman melalui 8 Prinsip Transformasi Terengganu Baharu.




Monday, 31 August 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58

Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58 baru-baru ini JKKK kampung Felda bersama Mini RTC Felda Jerangau telah menganjurkan program sambutan hari kemerdekaan bertempat di perkarangan Balai Raya JKKK Felda Jerangau ‘A’. Sambutan tersebut di buat pada 31 Ogos 2015. Bermula pada pkul 9.00 pagi, sehingalah 12.00 tengahari. Ramai penduduk yang datang untuk menyertai dan juga untuk memeriahkan Majlis. Pelbagai aktiviti menarik diadakan.



 pertandingan basikal berhias....................


Penilaian basikal tercantik dibuat,....................


Pertandingan Mewarna kanak-kanak...........





Penyampaian hadiah oleh Pengerusi JKKK Felda Jerangau 'A', Encik Abd Razet Bin Noordin.


Wednesday, 4 March 2015

Lokasi Kampung Felda Jerangau


Peta lokasi kedudukan Felda Jerangau
Felda Jerangau adalah terletak di atas sempadan daerah antara Hulu Terengganu dan Dungun. Walaubagaimanapun, Felda Jerangau adalah termasuk di dalam kawasan Daerah Dungun yang juga merupakan di bawah kawasan Parlimen Dungun dan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi. Jarak Felda Jerangau dari Bandar Kuala Terengganu adalah sejauh 56 kilometer, manakala dari Bandar Kuala Berang adalah sejauh 36 kilometer  dan dari Bandar Dungun adalah sejauh 38 kilometer.

Tuesday, 3 March 2015

Sejarah Nama Felda Jerangau.

Nama “Jerangau” diambil sempena nama sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan sekitar.Tumbuhan Jerangau ini merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae.

 Nama Melayu tumbuhan ini dikenali dengan nama Deringu, Jerangau, atau Jeringau. 

Nama lainnya ialah Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia)


Kegunaan pokok ini terutamanya dijadikan sebagai bahan rawatan bagi penyakit seperti, amenorea, aphrodisiac, asma, selsema, kesesakan, batuk, sakit kepala, kesakitan, sakit tekak, nilai ubatan, pengguguran (abortifacient), melegakan kesakitan (analgesik), anti-bakteria, antioksidan, aromatik, artritis, kanser, mengeluarkan gas usus, diuretik,  penggalak haid (emmenagogue),  penenangan, psychedelic, sedatif, tonik rahim.


Oleh kerana penempatan ini merupakan penempatan terancang yang telah dibangun dan ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), maka dari situlah terhasilnya nama untuk kampung ini iaitu Felda Jerangau.Kemudian Felda Jerangau ini telah dibahagikan kepada tiga rangkaian iatu,

v    Felda Jerangau ‘A’
v    Felda Jerangau ‘B’
v    Tangki Air.

Thursday, 1 January 2015

Logo, Visi, Misi, dan Moto J3k Felda Jerangau 'A'


Logo




 Maksud Logo

v  Bulatan             : Bermaksud kemuafakatan diantara komuniti setempat.
v  Orang               : komuniti yang cergas dan berintergriti.
v  Padi                  : melambangkan resmi padi berilmu berketermpilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
v  Warna hijau     : menunjukan sebuah kampung yang aman harmoni aman damai
v  Warna merah   : menunjukkan keberanian dan semangat juang yang tinggi untuk berjuang demi kemajuan dan kejayaan.

Visi
v  Memperkasakan pembangunan dan mempertingkatkan kualiti hidup kampung yang harmoni dan selamat.

Misi
v  Melahirkan masyarakat majmuk yang berwawasan
v Melahirkan sebuah masyarakat Felda yang berilmu, beriman, dan beramal selaras dengan peredaran masa dan zaman.
v Menyediakan prasarana dan pembangunan yang berkualiti serta cukup demi masyarakat Felda dalam memperolehi suasana hidup yang selesa, bersih, suci dan murni.

Moto 
v  Komuniti berintegriti hidup berkualiti.